Friday, December 2, 2011

Asma Allah

Salam pagi Jumaat..
Semoga Jumaat ini adalah Jumaat yang Barakah buat kita semua..
Saya tidak pernah jemu mendengarkan lagu Asma Allah alunan suara Sami Yusuf..
setiap haripun saya ingin mendengarkan lagu ini..
mari kita alunkan bersama-sama..

Apa yang amat saya suka tentang video clip ini ialah gambaran tentang kesatuan atau gabungan pelbagai kaum yang menyanyikan lagu ini..MasyaAllah indahnya..dan damainya..Islam dapat menggabungkan keseluruhan umat di seluruh dunia dengan sebuah lagu seperti ini..Andainya..andainya lah begitu..

Dan apa yang saya sukai lagi ialah adanya terjemahan setiap patah perkataan!! oh bolehlah hafal satu dua perkataan..kalau hari-hari dengar dan lihat mesti boleh bertambah ilmu..
Lagu ini adalah zikir yang terbaik untuk dihafal dan dihayati..
Selamat Hari Jumaat..semoga diberkati dan dirahmati Allah segala urusan kita hari ini..
Terima kasih sudi berkunjung lagi di halaman ini..
Jazakallahu Khair..
Barakallahu..

No comments:

Post a Comment