Tuesday, November 29, 2011

Air Terjun Serendah

Salam..
Mendengar cerita tentang keindahan airterjun di sekitar Batang Kali dan Serendah menjadikan saya teruja tetapi setiap minggu ada saja halangannya untuk saya dan keluarga berkunjung. Oleh kerana saya dan keluarga baru berpindah ke sini, adik beradik saya bercadang datang menziarahi kami. So..untuk memeriahkan perjumpaan ini kami merancang BBQ di pinggir Air Terjun Temper Kia Serendah. Haa..tengokla kemeriahan dan suasana perkelahan keluarga dan BBQ kami...


Seronok, gembira dan ceria..itulah gambaran perkelahan dan perkumpulan keluarga kami..entah bilalah lagi kami akan berkumpul sebegini..semoga ia akan menjadi kenangan indah buat anak-anak kami..
Anda ada kenangan bersama keluarga? jom kongsikan bersama..
Terima kasih kerana sudi mampir..bye!!

No comments:

Post a Comment