Tuesday, November 29, 2011

Genting Highland

Salam..
Setiap hari bila keluar ke halaman rumah, pasti akan nampak puncak Genting Highand terutama jika cuaca cerah..malah akan lebih indah jika puncak Genting Highland diseliputi kabus. Saya sudah pernah ke sana sewaktu menyulam cinta bersama suami (waktu itu baru bertunang..hehe..)pada tahun 1987..fuhh 24 tahun yang lalu rupanya!! Sekarang mestilah dah banyak perubahannya..anak-anak merengek2 nak pergi apatah lagi memang mereka tak pernah pergi. Bukan tak mahu membawa mereka tetapi biarlah mereka dah besar senang nak jalan sendiri..
Soo..pada cuti pertengahan semester yang lalu tercapailah hasrat mereka hendak ke Puncak Genting Highland..









Ohh..ramainya orang datang bercuti!! hampir setiap sudut dipenuhi orang..aduhh..tapi yang bestnya..memang sejuk..soo...kalau nak pergi kenalah berpakaian yang sesuai..

Melihat Puncak Genting dari halaman rumah.. bagai melihat sebuah negara nun di atas kayangan..yang terasing dari dunia lain..bila dah sampai ke sana..ianya sama je macam di tempat2 lain..cuma cuaca sejuk dan berkabus menjadikan Genting Highland indah dan romantik...

Satu tempat yang sesuai untuk membawa keluarga..banyak permainan bagi yang suka 'thrill and adventure..hee..tapi saya taaakuutt!! takut 'mati celik'...

Anda dah berkunjung ke Genting Highland? Ada kenangan yang tak dapat dilupakan? boleh kongsi bersama?  sudi2kan mencoretnya di bawah ye..
Apa pun terima kasih sudi berkunjung ke sini..
Wsalam..

No comments:

Post a Comment