Thursday, December 29, 2011

Actor + Android = Actroid

Assalamualaikum..
Ya Allah!! lamanya tak buat entri..2-3 minggu ni asyik berulang ke sekolah..
Saya sedang meng'upgred' kan Bilik Seni  Syed Mashor..oh gembiranya hati bila Pn Pengetua memperkenankan permintaan saya untuk mengubahsuai bilik seni..setakat ni lantai sudah siap dipasang tiles..saya sedang menunggu masa membuat beberapa perubahan lagi..InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan saya..yeah!!

Oh nak berkongsi dengan andalah..2 hari lepas Isnin 26 Disember 2011..saya dan En Suami bawa anak2 pergi ke Pusat Sains. Sebenarnya dah lama nak pergi..sibuk je..cuti dah sampai kepenghujungnya..kesian anak2 tak bawa pergi holiday..kita pergi ke tempat ilmiah jelah ye..tambah ilmu..

Saya sudah beberapa kali tengok promo di TV tentang Actroid..si Human Robot yang pandai berkata2..boleh diajak berbual dan pandai menjawab bila disoal..dengan tiket berharga rm8 untuk dewasa dan rm5 untuk kanak2 kami masuk dengan perasaan yang sangat teruja..


Oh sungguh mengagumkan!! Actroid dibina sangat mirid sebagai manusia..semuanya!! dari raut wajah wanita anggun yang siap disolek, bentuk tangan, kuku malah seluruh badan..semuanya sempurna. Dan yang lebih mengujakan..dia boleh berkata2..wow..begitu hebatnya teknologi robotik masakini..



Actroid adalah gabungan antara Actor dan Android. Ia adalah human robot pertama yang dicipta. Secara keseluruhannya ia adalah internal mechanical yang disalutkan dengan 'kulit' ciptaan dan menjadi seorang feminin..haaah..tengok mereka sudah boleh mencipta 'manusia' yang sangat sempurna..Takutnya mama..kata Atin, satu hari nanti robot2 ni akan menentang kita semua..huh terbayang movie yang pernah ditonton di mana robot2 menentang manusia di dunia..




Actroid sedang disolekkan sama macam manusia biasa

Kita boleh kagum dengan ciptan manusia tetapi kita juga hendaklah lebih mengagumi ciptaan Allah SWT yang Maha Kaya, Maha Esa dan Maha Sempurna..
"Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, alu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat kejadiannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."
(Al-Mukminun : 12-14)

Tetapi kita hendaklah sedar bahawa manusia tdak mampu mencipta ruh..Ruh: ialah nyawa yang menghidupkan manusia. Ia adalah daripada urusan Allah sahaja sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran melalui friman-Nya yang bermaksud :
"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang ruh. Katakanlah : "Ruh itu perkara urusan Tuhanku, dan kamu tidak dibenarkan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. "
(Al-Israa' : 85)


Imam Nawaawi berkata di dalam kitabnya Syarah Muslim : "Ruh ialah satu jisim seni yang mengalir dan menyerap di dalam tubuh, sebagaimana air menyerap di dalam dahan yang hijau." Imam al-Ghazali pula berkata di dalam kitabnya Ihyaa' Ulumuddin : "Ruh ialah semata-mata jauhar (suatu benda) yang bergerak di dalam tubuh."



Saya mengharap anak2 saya mendapat ilmu daripada lawatan ini..ilmu dunia dan akhirat..manusia boleh mencipta tetapi Allah lebih sempurna ciptaannya..


Jazakallahu Khairan..
Hingga betemu lagi di lain masa..

No comments:

Post a Comment