Thursday, December 29, 2011

Ku harap kau masih percaya....

Assalamualaikum..
Bertemu kembali...semoga anda semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT selalu..

Puisi ini saya coretkan lewat Mei yang lalu..
dari himpunan yang ada......saya ingin kongsikan puisi yang ini...
sekadar menghimbau kembali kenangan lalu....

Ku harap kau masih percaya..
lewat pertemuan itu
aku masih menghitung
butir-butir permata kasih
yang tersimpan rapi dalam hatiku
butir-butir intan rindu
rupanya masih bercahaya dalam hatiku..

Aku sendiri tidak pecaya
kalau butir-butr permata kasih itu
kalau butir-butir intan rindu itu
masih ada..... masih menyinar d hatiku...

Ku harap kau masih percaya
lewat pertemuan itu..
sinar permata dan cahaya intan itu
telah menjadikan aku seorang perindu lagi..
lewat pertemuan itu..
airmata menitis lagi..

Ku harap kau masih percaya
lewat pertemuan itu..
aku menyedari...
kau tidak mau aku...
terus menyimpan butir-butir permata dan intan itu
kau tidak mau aku..
menjadi perindu dan menitiskan airmata lagi

ku harap kau masih percaya
lewat pertemuan itu
aku telah redha
aku telah pasrah...

dan....
ku harap kau masih percaya
butir-butir permata dan intan itu
meski masih bercahaya dan menyinar..
hanya dalam lipatan hati
kau biarkanlah aku menjaganya...
hanya aku mahu
kau terus percaya..

Mei yang lalu.....berlalu dengan memori yang sangat indah..
semoga hari-hari mendatang akan menjadi lebih indah...
buat saya.....buat anda....buat semua
Barakallahu...

p/s..nak tau kenapa Mei begitu indah buat saya..jeng..jeng..jeng
sebab dalam bulan Mei saya menyambut harijadi, hari guru, hari ibu dan sekali gus hari wanita!! 4+1 kan..
haaa tu lah sebabnya...hukhuk..





Actor + Android = Actroid

Assalamualaikum..
Ya Allah!! lamanya tak buat entri..2-3 minggu ni asyik berulang ke sekolah..
Saya sedang meng'upgred' kan Bilik Seni  Syed Mashor..oh gembiranya hati bila Pn Pengetua memperkenankan permintaan saya untuk mengubahsuai bilik seni..setakat ni lantai sudah siap dipasang tiles..saya sedang menunggu masa membuat beberapa perubahan lagi..InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan saya..yeah!!

Oh nak berkongsi dengan andalah..2 hari lepas Isnin 26 Disember 2011..saya dan En Suami bawa anak2 pergi ke Pusat Sains. Sebenarnya dah lama nak pergi..sibuk je..cuti dah sampai kepenghujungnya..kesian anak2 tak bawa pergi holiday..kita pergi ke tempat ilmiah jelah ye..tambah ilmu..

Saya sudah beberapa kali tengok promo di TV tentang Actroid..si Human Robot yang pandai berkata2..boleh diajak berbual dan pandai menjawab bila disoal..dengan tiket berharga rm8 untuk dewasa dan rm5 untuk kanak2 kami masuk dengan perasaan yang sangat teruja..


Oh sungguh mengagumkan!! Actroid dibina sangat mirid sebagai manusia..semuanya!! dari raut wajah wanita anggun yang siap disolek, bentuk tangan, kuku malah seluruh badan..semuanya sempurna. Dan yang lebih mengujakan..dia boleh berkata2..wow..begitu hebatnya teknologi robotik masakini..



Actroid adalah gabungan antara Actor dan Android. Ia adalah human robot pertama yang dicipta. Secara keseluruhannya ia adalah internal mechanical yang disalutkan dengan 'kulit' ciptaan dan menjadi seorang feminin..haaah..tengok mereka sudah boleh mencipta 'manusia' yang sangat sempurna..Takutnya mama..kata Atin, satu hari nanti robot2 ni akan menentang kita semua..huh terbayang movie yang pernah ditonton di mana robot2 menentang manusia di dunia..




Actroid sedang disolekkan sama macam manusia biasa

Kita boleh kagum dengan ciptan manusia tetapi kita juga hendaklah lebih mengagumi ciptaan Allah SWT yang Maha Kaya, Maha Esa dan Maha Sempurna..
"Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, alu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat kejadiannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."
(Al-Mukminun : 12-14)

Tetapi kita hendaklah sedar bahawa manusia tdak mampu mencipta ruh..Ruh: ialah nyawa yang menghidupkan manusia. Ia adalah daripada urusan Allah sahaja sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran melalui friman-Nya yang bermaksud :
"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang ruh. Katakanlah : "Ruh itu perkara urusan Tuhanku, dan kamu tidak dibenarkan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. "
(Al-Israa' : 85)


Imam Nawaawi berkata di dalam kitabnya Syarah Muslim : "Ruh ialah satu jisim seni yang mengalir dan menyerap di dalam tubuh, sebagaimana air menyerap di dalam dahan yang hijau." Imam al-Ghazali pula berkata di dalam kitabnya Ihyaa' Ulumuddin : "Ruh ialah semata-mata jauhar (suatu benda) yang bergerak di dalam tubuh."



Saya mengharap anak2 saya mendapat ilmu daripada lawatan ini..ilmu dunia dan akhirat..manusia boleh mencipta tetapi Allah lebih sempurna ciptaannya..


Jazakallahu Khairan..
Hingga betemu lagi di lain masa..

Monday, December 12, 2011

Reunion X - Student SDH 1878-1982


Assalamualaikum..
     7hb November 2011 adalah tarikh yang tak mungkin dapat dilupakan di mana kami X- student 1978-1982 Sek. Men. Dato Harun, Tanjong Karang bertemu kembali..setelah 29 tahun...Ya Allah punyalah tak sabar menunggu tarikh tersebut..sebenarnya tahun lepas pada tarikh yang lebih kurang sama (5hbNov 2011) saya bertemu rakan-rakan dari ITM batch 1983-1987.
     Bertemu kembali dengan sahabat-sahabat lama saya anggap satu anugerah dari Allah SWT yang tiada ternilai..Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang kepada kami untuk bertemu kembali dan menjalin hubungan yang telah lama terungkai...walaupun tidak ramai yang dapat menghadirkan diri..bagi saya cukuplah... reunion ini menjadi pembuka pintu untuk kami berhubungan semula..
     Terima Kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi datang...saat bertemu, berpelukan dan bermesra kembali adalah saat paling indah....walaupun di zaman persekolahan ada di antara kami yang tidak begitu rapat kerana berlainan kelas tetapi dengan tertubuhnya group X-Student SDH 1978-1982 dan Reunion kali Pertama ini..hubungan dapat dijalinkan....Kenangan indah yang telah dilalui di zaman persekolahan tak mungkin luput dari ingatan...
    Kepada semua sahabat2 SDH...saya ingin menyelitkan hadis ini...
 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
           "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia   memanjangkan silaturrahim"

[Riwayat al-bukhari]
Kedua2 pics ini telah di'edit'..sbb masa ni tgh excited edit mengedit...ok tak?
     Semoga Allah memberkati dan merahmati persahabatan kita dunia dan akhirat....syukur Alhamdlilah SDH telah menemukan kita 29 tahun lalu dan kini kita bertemu kembali...bersama-sama mengimbau kenangan lalu. Terima kasih juga buat semua guru-guru SDH yang telah mendidik kami menjadi 'kami' seperti sekarang.....hanya Allah yang dapat membalas jasa guru-guru semua...
Amin ya rabbil alamin..
Hingga bertemu kembali....
Buat sahabat2 semua...salam sayang dan rindu selalu!!
باركالله فيك





Pop up card...lagi dan lagi




 Assalamualaikum..

Jumpa lagi kita..anda sihat?
bosan saya dah tak bertepi...
tapi saya tak mau kalah dengan kebosanan yang terlampau nii...
jomlah kita buat sesuatu yang berfaedah...
yang penting ia adalah sesuatu yang kita suka..okay...
Macamana pop up card yang haritu? Jadi tak..? dah hantar pada tersayang?
hehehe..bagus2...hari ni kita buat satu lagi nak?
Jomlah..bahan2nya macam biasa...
2 helai kertas A4 berlainan warna, pensil, pembaris, NT cutter dan UHU gum.

Mula2 kita lukiskan motif yang kita suka..
kali ini saya nak lukis moif bunga matahari...
sebelum tu..lipat dua atau bahagikan kertas kepada dua bahagian
motif hendaklah dilukis di tengah2 garisan tersebut...

lepas tu macam biasa...kita potongkan bentuk motif yang kita lukis tadi..
ingat mesti ada bahagian yang tidak terputus supaya motif boleh pop up
lepas tuu....kita lekatkan pada kertas kedua...gunalah UHU gum..
warna hijau sebagai kulit/ muka depan kad
Tarrraaa...dah siap!! yang ini lebih senang dan mudah..
cuma lipat sikit hujung daun tu supaya motif boleh pop up!
Haaaaa.....inilah dia kesemua Pop Up Card yang kita dah buat..okey tak?
rasa seronok tak..hilang rasa bosan??
Aduuiii...esok2 kita buat benda yang lain pulak..
Jeng....jeng...jeng.....


Hingga bertemu lagi...
Teruskan berkarya!!teruskan kreativiti anda..
mungkin anda boleh buat yang lebih baik dari saya

Teima kasih sudi menemani saya..
Jazakallahu khairan kathiro



.

Pop up card.....lagi..

mula-mula lukislah motif.. apa2 pun boleh...
saya nak lukis motif bunga tulip dan dua hlai daun..very simple

lepas tu potong bentuk motif..opps!!  jangan sampai putus ye?
kita nak 'pop up'kan motif tu..jadi tak boleh putus...!!
( hati2 ye guna NT cutter tuuu...)
.

lepas tuu...saya lekatkan pada kertas kedua..
saya guna warna merah supaya motif nampak kontra..
oopps!!..tadi lupa nk habag.....
cheq buat satu bentuk daun yang sama di sebelah lagi satu noo..
lepas tu...cheq cantumkan dua2 bentuk daun
yang tu sbb nk bagi bentuk motif tuu stand up atau pop up bila kad dibuka..
haaaaa tudia!!..huhu...boleh ka?
\haaa...ni diaa..cuba cheq tengok noo..lagu ni laaa..
yang ini saya dah lekatkan pada kertas ketiga ye..warna jingga sebagai kulit kad..
hah..dah nak siap daah!!
actually dah siap dah....hehe.....
( buatlah kemasan....padamkan kesan2 pengunaan pensil dsb)
haaa.....macam nii lah rupanya pop up card kita kali ini..
comel tak?

Rasa-rasa kad ni sesuai nak bagi kat siapa ye?
terpulanglah kepada anda...
saya ada satu lagi kad nak tujuk kat anda....jeng...jeng
Tungguuuu...

Hingga jumpa lagi.....
Terima Kasih kerana sudi berkarya bersama saya...
Teruskan kreativiti anda..bubye!!

Pop up card - step by step

bahan2 senang dapat, mudah dan murah...jimat belanja....tu yang penting!!
mula-mula lukis motif rama-rama (sebab selain mawar saya suka motif rama-rama..ngeeh2)
motif kena bahagikan kepada 2..buat sebelah menyebelah..
lepas tu..potong mengikut motif yang telah dilukis..gunakan NT cutter (be carefull ye..)
haa..macam nilah lepas potong..nampak kan moif rama-rama sebelah menyebelah..tu

lepas tu ambil pulak kertas warna lain untuk jadikan kulit luar kad..
buat garisan pada bahagian tengah kad..
bahagi 2 sama saiz sebelah menyebelah juga
lekatkan kertas yang ada motif rama-rama..
satu bahagian di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan
(gunakan UHU gum..biar bersih)
macam nii...okay? garisan tengah sebagai panduan..


tarrraaa..pop up card kita dah siap!!
tengok..motif rama-rama tu nampak 3D, kan?
anda boleh tulis nota ucapan pada ruang warna kuning..cantik, kan?
terpulang pada kreativiti anda..
nk lukis apa, nk tulis apa..
nak hantar pada orag tersayang? sesuai sangat..
apalagi jika anda yang buat sendiri!!
dah tentu dihargai..

SELAMAT MENCUBA..
Terima Kasih sudi berkreatif bersama saya..

Tuesday, December 6, 2011

Istiqamah

Assalamualaikum..
Hari ini 10 Muharram..anda berpuasa sunat 'Asyura ke?
Alhamdulillah..semoga ibadah kita diberkati Allah..InsyaAllah..
Hari ini saya menerokai laman2 ilmu..dan saya terbaca tentang Istiqamah..
Mari kita berkongsi ilmu ini..ye?

Allah memerintahkan kita supaya beriman dan beristiqamah.
Arahan supaya istiqamah ini terkandung di dalam al-Quran di mana Allah berfirman;
“Maka beristiqamahlah kamu sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”. (Hud: 112)
Maksud Istiqamah ialah tetap dan teguh di atas jalan yang benar iaitu jalan Islam.

Menurut Imam al-Minawi dalam kitabnya “Faidhul Qadir”; Istiqamah bermaksud tunduk-patuh kepada segala yang diperintahkan dan menjauhi segala tegahan.

Ada ulama’ yang mentakrifkan istiqamah sebagai; berterusan beramal dengan sunnah Nabi Muhammad s.aw. dan berakhlak dengan akhlak yang diredhai (Allah).

Ada yang mentakrifnya sebagai; mengikuti (sunnah Nabi s.a.w.) dan meninggalkan bid’ah.

Ada juga mengertikannya dengan; meletakkan diri di atas akhlak al-Quran dan as-Sunnah.

Untuk terhasilnya Istiqamah seseorang itu tidak dapat tidak mestilah berpegang-teguh dengan kitab Allah dan sunnah NabiNya. Dua sumber inilah yang berupaya mengikat manusia agar sentiasa berada di atas jalan yang benar. Selagi manusia berpegang teguh dengan al-Quran dan juga sunnah Nabi, selagi itulah ia dijamin oleh Rasulullah s.a.w. akan bebas dari penyelewengan dan kesesatan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku telah tinggalkan untuk kamu sekelian satu peninggalan yang selagi kamu berpegang-teguh dengannya maka selagi itulah kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”.
(Hadis riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas)
So apapun yang kita lakukan..beristiqamahlah dan jangan melampaui batas..semuanya biarlah mengikut Kitab Allah dan Sunnah Nabi..
Semoga kita dapat mempertingkatkan iman dan taqwa kita..
Selamat Hari 'Asyura..selamat berbuka puasa..!!
Teringat bubur asyuralah pulak..!! alahai..
Terima Kasih sudi berkunjung ke ruangan ini..jumpa lagi..
Wassalamu..

Monday, December 5, 2011

Fadhilat Puasa Sunat 9 dan 10 Muharram

Salam..
Hari ini 9 Muharram..dan saya ingin kongsikan artikel ini..
“Bulan Muharram merupakan salah satu dari empat bulan haram yang telah Allah muliakan. Secara khusus Allah melarang berbuat zalim pada bulan ini untuk menunjukkan kehormatannya.
Allah Ta’ala berfirman,

فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُ
“Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.
” (QS. Al-Taubah: 36)

Larangan berbuat zalim pada bulan-bulan ini menunjukkan bahwa dosanya lebih besar daripada dikerjakan pada bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amal kebaikan yang dikerjakan di dalamnya juga dilebihkan pahalanya. Salah satu amal shalih yang dianjurkan oleh Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam untuk dikerjakan pada bulan ini ibadah puasa sunat. Baginda menganjurkan untuk memperbanyak puasa di dalamnya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardhu.” (HR. Muslim, no. 1982)
Hadits ini menganjurkan supaya kita memperbanyak puasa pada bulan Muharram bukan seluruhnya.

Puasa ‘Asyura
Pada umumnya dianjurkan untuk memperbanyak puasa pada bulan Muharram ini. Hanya saja perhatian khusus Syariat tertuju pada satu hari, iaitu hari ‘Asyura. Berpuasa pada hari tersebut boleh menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,
وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim no. 1975)

Bilakah Hari ‘Asyura Itu?
Hari ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram.
‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram. Ini merupakan pendapat Sa’id bun Musayyib dan al-Hasan al-Bashri yang sesuai dengan riwayat dari Ibnu ‘Abbas, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam memerintahkan berpuasa pada hari ‘Asyura, hari kesepuluh dari bulan Muharram.” (HR. al-Tirmidzi, beliau menyatakan hadits tersebut hasan shahih)

Diriwayatkan dalam Shahihain, dari Ibnu ‘Abbas, Ibnu Umar, dan Asiyah bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam telah berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya.

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu pernah menceritakan tentang puasa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam,
مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ
Aku tidak penah melihat Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersemangat puasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan atas selainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari ‘Asyura dan pada satu bulan ini, yakni bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ مَا هَذَا ؟ قَالُوا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوسَى، قَالَ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ – رواه البخاري
Maksudnya : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya: Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik di mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ ، فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ ، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ” – رواه مسلم
Maksudnya : Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya
Apa Hikmah Berpuasa Pada Hari Tasu’a?
Imam al-Nawawi rahimahullaah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya berpuasa hari Tasu’a:

Pertama
'maksud disyariatkan puasa Tasu’a untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.

Kedua
' maksudnya adalah untuk menyambung puasa hari ‘Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jum’at saja. Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.

Ketiga
 ' untuk kehati-hatian dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura, dikhawatirkan hilal berkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan hitungan, hari ke Sembilan dalam penanggalan sebenarnya sudah hari kesepuluh.

Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, yaitu untuk menyelisihi ahli kitab sebagaimana sabda baginda tentang puasa ‘Asyura,

لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ
Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.” (HR. Muslim)

Ibnu Hajar rahimahullaah dalam catatan beliau terhadap hadits, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”, 

Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan membawa makna agar tidak membatasi pada hari itu saja. Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai bentuk kehati-hatian ataupun untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nashrani. Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebagian riwayat Muslim.”

Bolehkah Berpuasa Pada Hari ‘Asyura Saja?
Ibnu Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj menyimpulkan bahwa tidak apa-apa berpuasa pada hari itu saja.

Jom kita puasa 10 Muharram..esok..
Jazakallahu khair

Saturday, December 3, 2011

Lagi-lagi Mawar..

Salam seharum mawar..
Tiba-tiba rasa rindu sangat..
Saya kalau rasa rindu..suka tengok koleksi mawar saya..entahlah kenapa..
Hari ini nak lampirkan koleksi Mawar Merah Jambu..Mawar pink lah tuu..hehe..

Rinduku setengah mati!!..eh..eh taklah..tak boleh macam tuu..Astaghfirullahalazim..!!
Rindu oh rindu..berlalulah kau..
Cantik kan Mawar Merah Jambu di atas? Anda rasa rindu pada seseorang..??
Tataplah Mawar Merah Jambu ku ni...ya? moga-moga terubat rindumu itu...
( Rinduku hanya padaMU..)
Hingga ketemu lagi..terima kasih bertamu di sini ya?